Ketua Penasihat:
Hj. Auziat Bin Shamsuddin
Ketua Penasihat Kumpulan KPLI
Hj. Aminuddin Bin Abd Yazid ( 019-5757808)
Pensyarah Penasihat:
1.Ust. Shakib Ar-Selan Bin Mat Saman
2.Pn. Latifah Bt A. Jamil
Susun atur cara perjumpaan mingguan
· Ahli melapor diri
· Ahli masuk baris
· Nyayian lagu BSMM
· Upacara menaikkan bendera BSMM(sekiranya ada)
· Taklimat oleh Pensyarah / Pemimpin
· Latihan Kawad
· Pelaksanaan aktiviti
· Ahli berkumpul semula dalam baris
· Taklimat ntuk program minggu hadapan
· Bersurai
IKRAR BSMM
“Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPG Kampus Tuanku Bainun berikrar akan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negara kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan
walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:-
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
Lagu Bulan Sabit Merah
Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya
Bulan Sabit Merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat
Di mana jua adanya sengsara
Di sana ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya
Bil. | Tajuk/Aktiviti |
1 | Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti |
2 | Pengenalan PBSM/Sukatan/Penilaian/Pelantikan AJK |
3 | Sejarah & Prinsip Asas Palang Merah |
4 | Struktur & Organisasi Pergerakan Palang Merah |
5 | Persatuan Bulan Sabit Merah |
6 | Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa |
7 | Perlembagaan & Struktur Organisasi PBSMM Kebangsaan / Cabang |
8 | Undang-undang Prinsip PBSMM |
9 | Prinsip Pertolongan Cemas |
10 | Struktur Tubuh Manusia/ Sistem Peredaran Darah / Pernafasan |
11 | Asfiksia / Renjatan |
12 | Luka & Pendarahan / Patah & Terkehel |
13 | Pembebatan & Pembalutan / Terbakar & Melecur |
14 | Racun & Keracunan / Pitam & Pengsan |
15 | CPR Asas / Mengangkat & Pemindahan Mangsa |
16 | Perkhemahan |
17 | Peperiksaan |
18 | CPR Lanjutan |
19 | Aktiviti Masyarakat |
KERJA KURSUS
Bahagian A
1. Sejarah Palang Merah dan Prinsip-Prinsip asas
2. Struktur dan organisasi pergerakan Palang Merah / BSM Antarabangsa
3. PBSMM
4. Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Bahagian B
1. Perkembangan PBSMM
2. Struktur dan Organisasi PBSMM
3. Undang-Undang dan Peraturan PBSMM
Bahagian C
1. Pertolongan Cemas
PENILAIAN
1. Kerja Kursus 30M
2. Ujian bertulis / Amali 20M
3. Buku Log 15M
4. Projek 15M
5. Pembentangan 10M
6. Sahsiah 10M
* Kerja kursus perlu dihantar kepada Ketua Pensyarah Penasihat sebelum berakhir semester 1
* Folio (setiap kali perjumpaan)
* Pembentangan (setiap kali perjumpaan. Sila gunakan ‘power point’
* Projek pada semester 1
CONTOH KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
KPLI AMBILAN JANUARI 2010
1.0 PENGENALAN Perkhemahan ini adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Badan beruniform Bulan Sabit Merah Intitut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun di bawah ketua penasihat Tn Hj. Aminuddin bin Abd Yazid. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam operasi menyelamatkan mangsa dan dapat menggunakan teori-teori yang telah dipelajari. 2.0 RASIONAL Perkhemahan ini penting diadakan kerana memenuhi kehendakan sukatan Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah KPLI dan agar ia dapat memberikan pendedahan kepada ahli persatuan BSMM dalam aspek menyelamatkan mangsa dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari. 2.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang dijalankan, 4.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat keputusan, 4.3 Melahirkan ahli BSMM IPG KTB yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental, 4.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan, 4.6 Memenuhi sukatan GERKO BSMM IPG KTB dalam bidang perkhemahan, kepimpinan dan kejurulatihan. 3.0 ANJURAN Kursus ini adalah anjuran ahli GERKO BADAN BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALASIA KPLI Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 4.0 PENSYARAH/ FASILITATUR/PENCERAMAH Penyelaras Bulan Sabit Merah : Ketua Pensyarah Penasihat : Pensyarah Penasihat : Pensyarah Penasihat : Pensyarah Penasihat : 5.0 SENARAI NAMA PESERTA KURSUS Nama No. KP Alamat No Telefon 6.0 KUMPULAN SASARAN / TERLIBAT Semua ahli GERKO BADAN BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALASIA KPLI Ambilan Januari 2010 iaitu seramai 24 orang manakala penceramah yang akan memberi tunjuk ajar dari segi teori dan praktikal adalah pensyarah daripada GERKO BADAN BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALASIA Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. 7.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT Rujuk lampiran A. 8.0 JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : JK Ceramah/Bengkel : JK Kebajikan/Keselamatan : JK Jemputan : JK Istiadat Panji : JK Peralatan/Siaraya : JK Makanan : JK Sijil &Cenderamata : JK Pendaftaran : JK Dokumentasi : JK Penutupan : 9.0 PERBELANJAAN Makanan (Jurulatih & Peserta) 28x RM16.00x 3 hari = RM 1344.00 Cenderahati = RM 150.00 JUMLAH BESAR: RM 1494.00 10.0 PENUTUP Di harapkan kursus ini dapat berjalan dengan lancar selain mencapai objektifnya. Segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini di harapkan dapat di manfaatkan oleh pelatih apabila di tempatkan di sekolah nanti. Di sediakan oleh, …………………………………………….. (MUHAMMAD SYAUQI B. ABD. ZAWAWI) Setiausaha, GERKO Bulan Sabit Merah IPG Kampus Tuanku Bainun. Di sahkan oleh, …………………………………… (AMINUDDIN BIN ABD YAZID) Ketua Penasihat BSMM IPG KTB, Diluluskan oleh, .......................................................................................... Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang |
No comments:
Post a Comment